Sunday, January 19, 2014

surat akuan berkahwin (sementara), sijil nikah, kad nikah, surat beranak

antara benda penting dalam menyambut kelahiran bayi adalah "surat beranak". oleh sebab ini first time nak buat surat beranak, jadi kena la google.

Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia --> klik sini

Antara intipatinya adalah:
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENDAFTARAN KELAHIRAN BIASA (SEMENANJUNG MALAYSIA)
 
PENERANGAN PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
   
SYARAT PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat oleh individu berikut:
  1. Ibu atau bapa kanak-kanak;
  2. Penjaga kanak-kanak yang sah;
  3. Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak 
PROSEDUR PERMOHONAN 
Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan. 
 
DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN (ASAL DAN SALINAN)
 
DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
  1. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 diisi dengan lengkap;
  2. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal); 
  3. Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (asal dan salinan); dan
  4. Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, (asal dan salinan).
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa kanak-kanak serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);
  2. Dokumen Perkahwinan atau Perceraian atau Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan).
DOKUMEN PEMAKLUM (ASAL DAN SALINAN)
  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan);
BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ok, nampak tak rumit sangat..just kena prepare document yang sepatutnya..tetapi, under dokumen ibu/bapa tu ada dokumen perkahwinan kan..bila check balik dokumen yang tok kadi bagi masa kahwin dulu (last 8 months =P) adalah "Surat Akuan Berkahwin (Sementara)" yang sah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh perkahwinan..=D ape lagi google pulak pasal "Sijil Nikah"..

Bila google Jabatan Agama Islam Perlis, tak ada pulak pasal prosidur nikah/kahwin ni. So, refer kat blog-blog, untuk dapatkan Sijil Nikah, kedua-dua pasangan suami/isteri perlu hadir ke pajabat agama yang kita register dulu. Bawak IC & Surat Akuan Nikah Sementara. Nak lagi simple, call dulu pejabat agama tu to make sure Sijil Nikah kita dah siap..(dah nk beranak ni, kalau tak siap jugak tak tau laah). Then, check dulu details kat Sijil Nikah tu incase ada detailsyg tak betul. Bila dah confirm, boleh amik terus..-siap-

Ok, next is Kad Nikah (ini macam MyKad). So, prosidurnya tak perlu suami/isteri hadir. Salah seorang pun cukup. Bawak gambar berukuran IC suami&isteri. Isi borang (will be provided kat tempat register tu) dan salinan Sijil Nikah. Nak selamat, bawak original copy sekali. Bayaran yang dikenakan dalam RM40 untuk kad suami/isteri. Tempoh siap kad tu kena confirm balik dengan jabatan yang berkenaan.

There are few things yang tak sure:

1. Surat beranak tu perlu dibuat di negeri yang kita deliver ke?
2. Kad Nikah perlu dibuat di tempat kita ambil Sijil Nikah?

That's all..sape-sape ada info boleh share..Thank You

No comments:

Post a Comment